Tuesday, 21 January 2020 16:02

Tukar Sampah ke Tunai dengan Mendaftar Kad Recycle For Life (RFL) Featured

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan, 
Warga UniMAP Sekalian,

Sokong Program Kitar Semula dengan Mendaftar Kad Recycle For Life (RFL)

Sukacita dimaklumkan, Pasukan Kampus Lestari UniMAP dengan kerjasama syarikat E-Idaman Sdn Bhd telah mengambil inisiatif menganjurkan hari kutipan barangan kitar semula secara bergilir pada setiap bulan  di  lokasi-lokasi  terpilih  di kampus UniMAP . Sehubungan itu, warga UniMAP  digalakkan untuk memohon dan memiliki kad Recycle For Life (RFL)  di mana dengan menggunakan kad pintar ini, kita akan mendapat ganjaran tunai secara "cashless system" . Selain daripada menjaga persekitaran, warga UniMAP boleh menambah pendapatan bila menggunakan kad RFL ini nanti.

Untuk makluman,  terdapat 12 jenis barangan kitar semula yang boleh dibeli oleh syarikat E-idaman ini (rujuk lampiran).  Selain dari di Kampus UniMAP, pusat jualan barangan kitar semula ini  juga dibuka di Padang Siding, Perlis .  

Warga UniMAP digalakkan untuk mendaftar kad RFL ini secara percuma pautan berikut <Klik untuk link Pendaftaran Kad RFL>. Pendaftaran untuk Sesi 1 tahun 2020 ini  dibuka sehingga tarikh 14 Feb 2020 sahaja.

Sementara itu, menerusi kad RFL ini nilai ganjarannya  boleh ditebusguna di beberapa pasaraya dan premis yang berkolaborasi dengan RFL seperti Giant Kangar, Pasaraya Seri Utama dan RJ Restoran Perlis. Di Kedah, Pasaraya Tesco Stargate,  Selain daripada itu, menerusi aplikasi e-wallet Whalet pembayaran bil seperti Astro, Celcom, Red ONE, umobile dan SADA juga boleh dibuat. Tambah nilai prabayar syarikat Altel, XPAX, DiGi, Tune Talk, umobile, xox mobile dan yes juga boleh dibuat.

Sokongan warga UniMAP untuk menjayakan program kitar semula ini dan menjadikan impian UniMAP sebagai sebuah Kampus Lestari amat dialu-alukan . Sekian Terima kasih.

Pasukan Kampus Lestari UniMAP
 
Dr. Siti Khadijah Za'aba
Penyelaras Kampus Lestari

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 
'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'
Saya yang menjalankan amanah,

Warm Regards,
**Bumi kita, kitalah jaga**
-----------------------------------------------------------
Ts. Dr. Siti Khadijah binti Za'aba
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Office: 04-9885251 Fax: 04-9885167 Handphone: 019-5589220

Read 1410 times Last modified on Tuesday, 21 January 2020 16:26

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.