ACHIEVEMENT

ACHIEVEMENT

Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022

UniMAP Terima Pengiktirafan Diamond di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya meraih anugerah "Diamond" bagi kategori Zon Rendah Karbon di dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC).
Anugerah telah disampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman Bin Sauli, Naib Canselor UniMAP di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 malam tadi.
Secara keseluruhannya, UniMAP telah merekodkan pengurangan 10.96% pelepasan karbon di antara 2019 dan 2021 berdasarkan audit yang telah dijalankan oleh MGTC terhadap lima elemen utama iaitu tenaga, air, sisa, pengangkutan dan landskap.
Matlamat utama Program LCC2030C adalah untuk mengurangkan intensiti jumlah pelepasan karbon sejajar dengan komitmen Malaysia untuk pengurangan 45% dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) menjelang 2030.
Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari (COSCEM) bertanggungjawab dalam menguruskan penyertaan UniMAP dalam Program LCC2030C, penyediaan data dan sesi audit bersama MGTC.
UniMAP amat komited untuk mewujudkan persekitaran kampus yang lestari dan menyokong agenda negara ke arah pengurangan GHG bagi menangani masalah perubahan iklim.

UI GreenMetric World University Rankings 2022

Tahniah UniMAP mendapat tempat #303 Dunia dan tempat ke #14 Malaysia di dalam penarafan UI GreenMetric World University Rankings 2022.
Ranking ini adalah penanda aras kepada komitmen universiti di seluruh dunia dalam meningkatkan kelestarian kampus. Penarafan berkenaan meliputi enam indikator utama iaitu persekitaran dan infrastuktur, tenaga dan perubahan cuaca, pengurusan sisa buangan, penggunaan air, pengangkutan dan pendidikan.
Kejayaan UniMAP ini menunjukkan komitmen berterusan terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menerusi kepelbagaian aktiviti kelestarian kampus.