Blueprint UniMAP Lestari 2030 merupakan pelan hala tuju Universiti untuk mewujudkan dan mengendalikan komuniti kampus yang lebih sihat dan mampan. Pelan ini menjajarkan keseluruhan kampus UniMAP mengikut visi, misi, polisi dan perancangan yang holistik bersesuaian dengan matlamat Universiti.
Agenda pembangunan kelestarian di UniMAP adalah berpaksikan kepada 17 Matlamat Pembangunan Kelestarian (Sustainable Development Goals)-SDG’s. Selari dengan hasrat Universiti dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar di dalam kampus serta warga kampus yang kondusif dan sejahtera.