AKTIVITI PENANAMAN POKOK DI BAWAH PROGRAM "PERLIS GO GREEN" (03.06.2023)
Program penananam pokok kerjasama antara UniMAP dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis ini diadakan sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 dan bersempena Hari Ulang Tahun Ke-80 Hari Keputeraan Duli yang Maha Mulia Raja Perlis pada 3 Jun 2023 jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di HEPA UniMAP.
Program ini melibatkan 100 orang staf dan 250 orang pelajar UniMAP yang disiarkan secara langsung ke pentas utama majlis perasmian untuk dinilai dan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR)
PROGRAM “PERLIS KE ARAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS 2030” (26.05.2023)
COSCEM mewakili UniMAP menghadiri Program “Perlis ke Arah Sustainable Development Goals 2030” dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis pada 26 Mei 2023 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Usahawan Mikro Malaysia (Mikro Malaysia) menganjurkan di Podium, SK Tengku Budriah, Arau.
KURSUS AMALAN KELESTARIAN : PENGENDALIAN SISA MAKANAN SIRI 1 (26.05.2023)
COSCEM UniMAP telah menganjurkan Kursus Amalan Kelestarian :Pengendalian Sisa Makanan Siri 1 dengan kerjasama Unit Latihan & Pengukuhan Bakat, Jabatan Pendaftar pada 26 Mei 2023.
Tujuan kursus pengendalian sisa makanan ini secara amnya adalah untuk memupuk kesedaran dan membudayakan amalan pengendalian sisa makanan di kalangan warga kampus dan sebagai pemulihan sumber dan tenaga menjadi baja organik.
Ceramah telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Irnis Azura Zakarya, Pengarah COSCEM dan dihadiri oleh peserta dari 6 buah fakulti di UniMAP.
KURSUS AMALAN KELESTARIAN : SKIM PELABELAN PRODUK CEKAP AIR (SPPCA) (25.05.2023)
COSCEM UniMAP telah berkolaborasi dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam menganjurkan Kursus Amalan Kelestarian: Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) pada 25 Mei 2023.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan berkenaan produk-produk cekap air serta kelebihannya berbanding produk konvensional yang berada di pasaran.
LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT COSCEM KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERLIS (08.05.2023)
COSCEM merakamkan setinggi2 perhargaan dan ucapan terima kasih kepada pihakJabatan Perhutanan Negeri Perlis di atas kesudian menerima kunjungan COSCEM.
Tujuan lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk mengeratkan kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak berkaitan pelaksanaan program-program dan aktiviti untuk meningkatkan tahap penjagaan alam sekitar serta kesedaran awam pada masa akan datang.
LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT COSCEM KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS (05.05.2032)
COSCEM merakamkan setinggi2 perhargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak JAS di atas kesudian menerima kunjungan COSCEM.
Tujuan lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk mengeratkan kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak berkaitan pelaksanaan program-program dan aktiviti untuk meningkatkan tahap penjagaan alam sekitar serta kesedaran awam pada masa akan datang
PERSATUAN KEBAJIKAN USAHAWAN MIKRO MALAYSIA ADALAH RAKAN STRATEGIK UTAMA PROGRAM FOOD BANK MALAYSIA (11.04.2023)
Program FPM ini bergiat aktif di Negeri Perlis kepada siswa dan komuniti pada tahun 2019 sehingga kini. Melalui Program FBM , ia dapat mengembangkan pelbagai bantuan selain makanan kepada rakyat perlis seperti bantuan pendidikan dan pekerjaan.
Program Usahawan Mikro @ Perlis ini fokus kepada industri Biodiesel yang mana dapat dimanfaatkan dari segi alam sekitar, ekonomi dan sosial. bagi fasa pertama, mereka akan melatih keluarga FBM yang terpilih bagi mengendali minyak masak terpakai (MMT) yang akan diproses kepada minyak biodiesel.
Hasil sumbangan Minyak Masak Terpakai (MMT) di UniMAP dapat menjadi permulaan kepada para usahawan untuk mula operasi. Hasil pendapatan dari MMT bukan sahaja mencipta pendapatan tambahan malah menjana dana sumbangan bagi menjalankan program FBM kepada siswa dan komuniti Negeri Perlis.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh wakil Mikro Malaysia, Pengusaha Cafe Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, COSCEM dan Kolej Kediaman.
PENYERAHAN LAPORAN TAHUNAN COSCEM TAHUN 2022 (04.04.2032)
Pihak COSCEM mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
PENYERAHAN LAPORAN TAHUNAN COSCEM TAHUN 2022 KEPADA NAIB CANSELOR (28.03.2032)
Penyerahan Laporan Tahunan COSCEM tahun 2022 kepada Naib Canselor di Majlis Pelancaran Sistem e-Journal@UniMAP dan Frappehub Conference Portal yang dianjurkan oleh Penerbit UniMAP pada 28 Mac 2023 di Auditorium, Canselori Tuanku Syed Sirajudin.
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Wilayah Utara Ts. Khithob bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis Pn. Norasmah binti Ab Rani, Penolong Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian Jabatan Pengairan dan Saliran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Negeri Perlis En. Airul Aswadi bin Abdullah, Pengarah Unit Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Ts. Mohd Fazil bin Ismail.
MESYUARAT AJK PENGURUSAN TENAGA BIL 1/2023 (15.03.2032)
Mesyuarat AJK Pengurusan Tenaga UniMAP Bil 1/2023
Tarikh : 15 Mac 2023
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : COSCEM
Terima kasih kepada semua AJK Pengurusan Tenaga Sesi 2022/2023 yang hadir pada hari tersebut.
Gimik Pelancaran Draf Blueprint UniMAP Lestari 2030 telah diadakan pada Majlis Amanat Naib Canselor 2023, 28 Februari 2023 di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam Pauh Putra.
LAWATAN KE DUSUN UniMAP (14.02.2032)
Lawatan ke Dusun UniMAP ini diadakan pada 14 Februari 2023 bersama Jabatan Keselamatan, Institut Agroteknologi lestari, Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital, Jabatan Pembangunan dan COSCEM
AKTIVITI PENGHASILAN MUDBALL (09.03.2023)
AKTIVITI PENGHASILAN MUDBALLSEMPENA SAMBUTAN ‘HARI AIR SEDUNIA’ PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Pusat Pengurusan Tenaga & Kampus Lestari (COSCEM), Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), Centre of Excellence Water Research and Environmental Sustainability Growth (WAREG) dengan kerjasama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menganjurkan sambutan ‘Hari Air Sedunia’ bertempat di Kampus Alam Pauh Putra (UniMAP).
Tarikh : 9 Mac 2023 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan Surau UniMAP.
LAWATAN KE DUSUN UniMAP (14.02.2032)
Lawatan ke Dusun UniMAP ini diadakan pada 14 Februari 2023 bersama Jabatan Keselamatan, Institut Agroteknologi lestari, Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital, Jabatan Pembangunan dan COSCEM