Print this page
Monday, 07 January 2019 11:03

UniMAP Juara Program Pengumpulan Sisa Elektronik Isi Rumah (e-waste)

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2018, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melancarkan Program Pengumpulan Sisa Elektronik Isi Rumah. Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membuang sisa-sisa elektronik di tempat yang betul. Langkah ini boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar serta memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2018 Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Perlis.

Ketua Pengarah JAS Datuk Ahmad Kamarulnajuib Ibrahim berkata pembuangan sisa elektronik terpakai berjumlah jutaan kilogram setiap tahun telah mencemarkan alam sekitar dan memendekkan tapak hayat pelupusan sampah. Beliau juga berkata sisa elektronik terpakai mempunyai komponen berharga yang boleh dikitar semula. Amalan ini telah dilakukan oleh Jepun dan tidak mustahil, kita juga boleh melakukannya.

 

Tekan di sini untuk berita penuh

Read 967 times Last modified on Monday, 07 January 2019 11:15