Jauhi Penggunaan Polistirena - Raja Muda Perlis

Jauhi penggunaan polistirena - Raja Muda Perlis

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu bahan-bahan polistirena tidak lagi digunakan pada majlis baginda mulai sekarang kerana ia boleh membawa kemudaratan.

Baginda juga berharap jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah turut mengambil langkah serupa demi kebaikan kesihatan.

Pada masa sama, baginda mencadangkan supaya bahan polistirena digantikan dengan plastik yang boleh terurai secara biologi termasuk bungkusan kertas yang lebih mudah dilupuskan.

"Perlis juga menuju ke arah negeri maju dari aspek infra dan prasarana tetapi apakah rakyat bersedia dan mampu mendukung hasrat tersebut meliputi pelbagai sudut," titah baginda.

Baginda bertitah, negara maju tidak menggunakan bahan polisterina sebaliknya menggunakan bungkusan kertas. Kajian menunjukkan bahawa, bahan stirena dan benzin yang terdapat dalam polisterina boleh membawa kesan buruk kepada manusia termasuk gangguan sistem saraf di samping kesan kepada alam sekitar melalui penipisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semua.