Pasukan Pengurusan Sisa Pepejal

PASUKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL (WASTE TEAM) (KAMPUS LESTARI)

Pasukan Pengurusan Sisa Pepejal diketuai Dr Tengku Nuraiti Tengku Izhar dari PPK Alam Sekitar. Pasukan ini berfungsi melaksanakan langkah-langkah pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari di seluruh kampus UniMAP dalam rangka mencipta persekitaran kampus yang kondusif dan lestari.

Pengurusan sisa pepejal, khususnya konsep kitar semula, merujuk kepada amalan untuk menambah nilai barang yang hendak digunakan semula dengan cara membaik pulih dan ‘memperbaharui’ barang-barang tersebut supaya boleh dijual. Barang-barang buangan boleh diproses menggunakan teknologi yang sesuai agar dijadikan produk yang berguna yang berbeza, sekaligus menukar sisa kepada kekayaan.

Pasukan ini dipertanggungjawabkan untuk mempromosi, menyelaras, dan melaksanakan amalan kemampanan terutama dalam konsep kitar semula yang paling berkesan dengan menggunakan sumber-sumber fizikal dan intelektual di UniMAP.

Tujuan jangka panjang pasukan ini adalah menjadi penggerak agar UniMAP melaksanakan perubahan total untuk kelestarian alam sekitar dalam semua aspek kehidupan kampus dengan mengintegrasikan kemampanan dalam operasi, perancangan, pembinaan, pendidikan, penyelidikan, pengajaran, dan perkhidmatan awam dalam pengurusan sisa pepejal.

Sasaran segera yang telah ditetapkan ialah:

1.    Melaksanakan latihan dan program kesedaran ke arah pembentukan budaya pemuliharaan di dalam komuniti kampus UniMAP.

2.    Mewujud dan memperkukuhkan prosedur pengurusan sisa pepejal.

3.    Melaksanakan langkah yang tepat dan berkesan bagi meningkatkan kesedaran penggunaan bahan kitar semula seperti kertas, plastik dan kaca melalui budaya berhemah

4.    Menganjurkan kempen berterusan termasuk:

•    Pelabelan tong kitar semula mengikut jenis tong (lubang di atas)
•    Pengintegrasian maklumat kitar semula dan kompos dalam program orientasi mahasiswa.
•    Pembelian lebih banyak produk yang mempunyai peratusan yang tinggi kandungan dikitar semula.
•    Penggalakan penggunaan botol air boleh diguna semula dan bekas makanan kepada pelajar dengan menjualnya di kedai-kedai makan kampus atau memberi sebagai hadiah untuk dalam acara.
•    Pengurangan jumlah halaman percuma dibenarkan dalam kuota percetakan untuk menggalakkan pengurangan dalam percetakan, dan seterusnya mengurangkan aliran sisa kertas.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada peringkat pusat pengajian dalam langkah merealisasikan objektif pasukan ini. Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai ‘Green Earth Team’ (GET) yang terdiri daripada pelajar UniMAP merupakan penggerak utama dalam semua program kitar semula di UniMAP.

Bagi tahun 2014, sasaran pasukan ini tertumpu kepada aktiviti pengurusan sisa pepejal/kitar semula yang lebih teratur dan berkesan dan dilaksanakan di peringkat kampus secara menyeluruh. Ini termasuk penjadualan pengutipan bahan kitar semula yang lebih teratur di semua pusat bertanggungjawab. Kumpulan ini akan bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan aAwam (PPSPPA) Perlis dalam mengatur jadual kutipan bahan kitar semula yang lebih berkesan di UniMAP.


AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG 2013

1.1    PROGRAM RECYCLE FOR CHARITY 2013

a)    Nama Program    :‘Recycle For Charity’ 2013
b)     Penganjur    :Kelab Kelestarian Bumi (GET)
c)     Tarikh        :15 Januari – 03 April 2013
d)     Tempat        :Seluruh negeri Perlis
e)     Butiran program:

1.    Ceramah mengenai kepentingan alam sekitar kepada 12 sekolah sekitar Perlis
2.    Pertandingan kutipan terbanyak di pusat pengajian, kolej kediaman dan 12 sekolah yang terpilih.
3.    Pertandingan video dan rekacipta untuk sekolah-sekolah yang terlibat.
4.    Majlis penutup yang diadakan di Kampus Pauh Putra pada 03 April 2013. Majlis diteruskan dengan program ‘Library Tour’.

1.2    PROGRAM  EARTH  DAY

a)    Nama Program    : Program ‘Earth Day’
b)       Penganjur    : Kelab Pelajar PPKAS
c)       Tarikh        : 20 April 2013
d)       Tempat        : Tasik Melati, Perlis
e)       Butiran program:    

1.    Ahli-ahli GET membantu Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar menjayakan program ini
2.    GET berfungsi sebagai ahli jawatankuasa untuk pertandingan mewarna dan pertandingan-pertandingan lain untuk kanak-kanak.

1.3    PROGRAM  JUALAN  AMAL

a)    Nama Program    : Program JualanAmal
b)     Penganjur    : Kelab Kelestarian Bumi (GET)
c)       Tarikh        : 20 September – 22 September 2013
d)       Tempat    : Dataran Dato Sheikh
e)      Butiran program

1.    Tawaran dibuka kepada mana-mana pelajar yang mahu mendermakan pakaian terpakai untuk tujuan jualan amal
2.    Baju terpakai dikumpul dan dipilih untuk dijual di booth yang dibuka di Dataran Dato Sheikh sempena Festival Konvokesyen UniMAP
3.    Pakaian dijual dengan harga yang murah. Hasil jualan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih.
1.4    PROGRAM  KUTIPAN  PERDANA

a)   Nama Program    : Program Kutipan Perdana
b)   Penganjur        : Kelab Kelestarian Bumi (GET)
c)   Tarikh        : 15 Disember 2013
d)   Tempat        : Kolej Kediaman Wang Ulu
e)   Butiran program

1.    Ahli GET dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk memulakan kutipan di setiap blok kolej kediaman
2.    Kutipan dikumpul di bawah setiap blok.
3.    Kesemua kutipan dikumpul di bawah blok lelaki B3 untuk diasingkan mengikut jenis dan kemudian diikat dengan kemas.
4.    Sebuah lori digunakan untuk menghantar hasil kutipan ke pusat jualan. Hasil jualan dimasukkan ke tabung GET