FAQ Perkhidmatan U-Sikal

FAQ PERKHIDMATAN U-SIKAL

Apa itu perkhidmatan U-Sikal?
U-Sikal adalah sebuah program yang menyokong penuh inisiatif UniMAP dalam menjadikan Kampus Alam Pauh Putra sebagai sebuah ’Kampus Lestari’. Perkhidmatan U-Sikal ini secara langsung akan menjadikan kampus kita lebih mesra alam. Perkhidmatan U-Sikal merangkumi perkhidmatan sewa basikal sebagai medium pengangkutan  dengan kadar bayaran minimum untuk kegunaan warga UniMAP di sekitar Kampus Pauh Putra. Buat masa ini, terdapat lima buah stesen basikal yang terletak di merata kampus iaitu di Terminal Bas, Perpustakaan, Asrama (PFI), Kompleks Dewan Kuliah dan Boulevard.  Perkhidmatan U-sikal menggunakan konsep teknologi ’Radio Frequency Identification’ (RFID) yang dibangunkan sendiri di UniMAP. Pengguna hanya perlu menggunakan kad RFID untuk menggunapakai basikal yang telah disediakan. Basikal-basikal ini akan sentiasa dikunci di ’parking bay’ yang ditetapkan dan kunci basikal hanya boleh dibuka dengan menggunakan kad RFID.

Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan U-Sikal?
Perkhidmatan U-Sikal boleh digunakan oleh semua pelajar dan staf UniMAP yang membeli kad perkhidmatan U-Sikal.

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan?

 

10 min pertama

10 min ke-2

10 min ke-3

10 min ke-4

30 min seterusnya

Penggunaan maksima

8 jam selepas pengaktifan

Denda untuk pemulangan U-Sikal selepas

8 jam

Denda untuk tidak memulangkan U-Sikal

0 –

20 min

21 min –

30 min

31 min –

40 min

41 min –

50 min

51 min –

60 min

Percuma

RM0.20

RM0.50

RM0.90

RM1.50

RM0.50

RM8.50

RM50.00

sehari

(24 jam)

RM400.00

 




Di manakah boleh saya beli kad basikal?
Buat permulaan, kad U-Sikal boleh dibeli di Stesen U-Sikal Terminal Bas.

Berapakah harga satu kad basikal?
Harga satu kad U-Sikal adalah RM30 beserta nilai kredit di dalam kad bernilai RM10. Sebagai langkah promosi, untuk harga kad U-Sikal untuk 100 pembeli kad pertama adalah RM10, dengan kredit di dalam kad bernilai RM10.




Berapa lamakah kad itu boleh digunakan? (Adakah terdapat tarikh luput bagi penggunaan kad?)
Kad U-Sikal tidak mempunyai tarikh luput dan boleh digunakan sehingga nilai kredit di dalam kad U-Sikal habis. Jika nilai kredit di dalam kad U-Sikal habis, pengguna boleh menambah nilai kredit di kaunter penjualan kad.

Bolehkah saya semak berapa baki saya pada kad?
Pengguna boleh menyemak baki kad di kaunter penjualan kad.

Sekiranya saya pulangkan kad basikal (kerana tidak hendak lagi menggunakan perkhidmatan U-Sikal), adakah saya akan dapat pulangan wang?
Pengguna akan dapat kembali RM10 beserta baki nilai kredit di dalam kad tersebut.

Apakah akan terjadi sekiranya saya kehilangan kad?
Pengguna perlu melaporkan kehilangan kad di kaunter penjualan kad. Pengguna perlu membeli kad yang baru jika ingin terus menggunakan perkhidmatan U-Sikal.  

Apakah julat waktu operasi U-Sikal?
Waktu operasi perkhidmatan U-Sikal adalah dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Apakah akan terjadi sekiranya saya lewat memulangkan basikal?
Sekiranya pengguna lewat untuk memulangkan basikal, pengguna masih lagi boleh memulangkan basikal di stesen U-Sikal yang berfungsi secara automatik kerana stesen yang berfungsi secara automatik beroperasi selama 24 jam sehari. Terkini, terdapat 2 stesen U-Sikal yang berfungsi secara automatic iaitu stesen di Perpustakaan dan stesen di Kompleks Dewan Kuliah

Apakah akan terjadi sekiranya basikal yang saya sewa itu rosak?
Pengguna dinasihatkan untuk memastikan basikal yang hendak dipilih dalam keadaan baik sebelum membuat pinjaman. Jika basikal yang disewa rosak semasa tempoh penyewaan, pengguna diminta untuk memulangkan kembali basikal tersebut ke stesen U-Sikal yang terdekat dan membuat laporan kepada nombor telefon yang tertera di stesen U-Sikal.

Apakah akan terjadi sekiranya basikal yang saya sewa itu hilang?
Pengguna akan akan dikenakan denda sebanyak RM400 sekiranya basikal hilang dalam tempoh yang disewa oleh pengguna.

Bolehkah saya bawa basikal ke luar kawasan kampus?
Tidak boleh. Perkhidmatan U-Sikal hanya boleh digunakan dalam Kampus Tetap UniMAP Pauh Putra sahaja.


Mengapakah sesetengah stesen adalah automatik, manakala sesetengah lain bukan automatik (manual)?
Pelaksanaan perkhidmatan U-Sikal dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat permulaan ini, hanya 2 stesen berfungsi secara automatik. Semua stesen akan berfungsi secara automatik pada masa akan datang.    

Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya ada masalah tentang U-Sikal?
Sekiranya mempunyai masalah mengenai U-Sikal, pengguna boleh menghubungi 013-4097403, 012-4353700 dan 04-9798885.

Bolehkah saya berbasikal dengan memakai baju kurung?
Tidak, kerana ini agak merbahaya. Ini juga tidak mematuhi etika pemakaian ketika berbasikal.  


Apakah etika berbasikal di UniMAP?

Etika Pemakaian Ketika Berbasikal

1)    Penunggang perlu memakai seluar panjang. Pemakaian kain adalah sama sekali dilarang menunggang basikal.
2)    Penunggang perlu memakai kasut bertutup dan bertapak rata. Selipar, sandal dan kasut tumit tinggi adalah sama sekali dilarang.

Etika Semasa Menunggang Basikal

1)    Tunggang basikal di lorong kiri jalan (sama seperti penunggang motosikal).
2)    Jangan melintas atau membelok secara tergesa-gesa. Berhenti dahulu sebelum membelok dan beri isyarat tangan untuk membelok dan memperlahankan basikal.
3)    Jangan menunggang basikal secara laju dan melulu.
4)    Pastikan kedua-dua tangan memegang pengemudi ‘handle’ basikal.
5)    Dilarang menggunakan telefon bimbint dan memegang barang lain semasa menunggang.
6)    Dilarang membawa pembonceng sewaktu menunggang basikal.
7)    Gunakan laluan basikal yang disediakan.
8)    Utamakan pejalan kaki.

Bolehkah saya berikan idea untuk menambahbaik perkhidmatan U-Sikal?
Sudah tentu! Pihak Universiti dan UniMAP Holding sentiasa ingin meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan. Hubungi kami di 013-4097403, 012-4353700 atau 04-9798885.