Penjimatan Tenaga


Pasukan Pengurusan Tenaga di bawah Projek Kampus Lestari telah berjaya menjimatkan bil elektrik secara purata sebanyak RM 38,772 sebulan bermula Mei, 2013.

Penjimatan berjaya dilakukan apabila Pasukan Kampus Lestari (Penjimatan Tenaga) yang diketuai Dr Samila Mat Zali, dengan kerjasama Jabatan Pembangunan (En Saifol Nizal Sharif) memasang ‘chiller’ untuk penghawa dingin di Kampus Alam Pauh Putra secara berperingkat. Terdapat tiga chiller plant iaitu, Chiller Plant 1 (yang beroperasi untuk Perpustakaan, Mekatronik, Komputer, dan Pembuatan) dipasang pada pukul 7.00 pagi setiap hari kecuali hujung minggu, Chiller Plant 2 (Pusat Kejuruteraan, PPK Mikroelektronik, PPK Sistem Elektrik) dipasang pada pukul 7.15 pagi setiap hari kecuali hujung minggu, dan Chiller Plant 3 (Kompleks Dewan Kuliah) dipasang pada pukul 7.10 pagi setiap hari kecuali hujung minggu. Pemasangan secara berperingkat ini menyebabkan pengurangan kepada ‘peak demand’ yang terhasil setiap kali chiller dipasang dan ini secara langsung akan membuatkan bil elektrik menurun.

Daripada data yang dikutip oleh Jabatan Pembangunan, bagi Chiller Plant 1, nilai penggunaan kuasa sebanyak 27,751 kWh seminggu telah diturunkan kepada penjimatan purata sebanyak 19,128 kWh seminggu. Nilai ini, sekiranya diterjemah kepada nilai wang ialah sebanyak RM8622 seminggu.

Bagi Chiller Plant 2 pula, nilai penggunaan kuasa sebanyak 2999 kWh seminggu telah diturunkan kepada penjimatan purata sebanyak 2457 kWh seminggu. Nilai ini, sekiranya diterjemah kepada nilai wang ialah sebanyak RM542 seminggu.

Manakala bagi Chiller Plant 3, nilai penggunaan kuasa sebanyak 1897 kWh seminggu telah diturunkan kepada penjimatan purata sebanyak 1369 kWh seminggu. Nilai ini, sekiranya diterjemah kepada nilai wang ialah sebanyak RM1369 seminggu.

Ini bermakna, penjimatan purata keseluruhan ialah sebanyak RM9693 seminggu atau RM 38,772 sebulan, sebagaimana yang disebutkan di atas.